Press Releases

The Borneo Post

The Borneo Post - 31 March 2021

Source: The Borneo Post. (2020). Oceancare Corporation signs agreement virtually with Allseas Marine Contractors.

Majlis Pelancaran CADET 2020 Beri Pendedahan Kepada GBK

MIRI : Majlis Pelancaran Counsellors as Development Agent (CADET) 2020 yang dianjurkan selama dua hari di Meritz Hotel Miri pada Isnin adalah untuk memberi pendedahan kepada Guru Bimbingan & Kaunseling (GBK) peringkat sekolah menengah kepada pemain industri berkaitan minyak dan gas.

Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS: Majlis Pelancaran CADET 2020 Beri Pendedahan

Penganjuran bagi kawasan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Miri, Bintulu, Baram dan Subis itu merangkumi ceramah oleh pihak PETRONAS, forum bersama Syarikat Dayang Enterprise, Wehaya dan Oceancare, serta lawatan ke IGTC, SEAacademy dan ILP Miri.

Menteri Muda Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Dr. Annuar Rapa'ee yang hadir bagi melancarkan majlis itu berkata, guru bimbingan dan kaunseling memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah negara, disamping.

"Sebuah sekolah yang baik adalah terhasil daripada kepimpinan sekolah yang baik. Dengan itu, hal pendidikan perlu diberikan perhatian penting dan tidak boleh dicampur-adukkan dengan hal politik" Justeru, tambahnya pihak kementerian akan mencuba sedaya upaya untuk memastikan fasiliti dan keselesaan guru-guru diberikan keutamaan oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Kameri Haji Affandi dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negerei Sarawak, Abang Mat Ali Abang Masagus.

-EdisiUKAS

EdisiUKAS. (2020, 09 08). Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS: Majlis Pelancaran CADET 2020 Beri Pendedahan Kepada GBK. Retrieved from Facebook: https://www.facebook.com/1247686682029360/posts/1994775747320446/

The Borneo Post

The Borneo Post - 19 June 2020

Source: The Borneo Post. (2020). Oceancare donates medical equipment worth RM135,500 to hospital, 9.

Utusan Borneo

Utusan Borneo - 28 AUGUST 2017

SEKOLAH Kebangsaan (SK) Pujut Corner sentiasa mengalu-alukan manamana pihak dermawan sama ada berkumpulan atau individu yang ingin membantu para pelajarnya, terutama daripada golongan yang amat memerlukan, di sekolah berkenaan.

Guru besar, Suriyati Amit berkata kira-kira 60 peratus daripada murid sekolah itu berasal dari latar belakang keluarga berpendapatan rendah termasuk golongan miskin tegar.

Bercakap pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) 2017 di dewan sekolah berkenaan baru-baru ini, Suriyati berkata sekolah itu dalam segala usaha untuk memberikan yang terbaik kepada murid-murid miskin dalam semua aspek proses pembelajaran mereka di sekolah.

“Ia bukan satu tugas yang mudah bagi sekolah untuk menangani pelbagai keperluan kebajikan murid-murid yang memerlukan kerana kekangan kewangan.

“Oleh itu, sekolah ini amat mengalualukan sesiapa sahaja seperti organisasi bukan kerajaan (NGO), persatuan, syarikat atau individu untuk maju dan membantu sekolah untuk kesejahteraan pelajar yang disasarkan,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak yang memberi bantuan kepada sekolah dengan memberi sumbangan besar kepada sekolah untuk menjalankan program kebajikan kepada murid-murid yang memerlukannya.

Beliau memberitahu sumbangan yang diberikan kepada sekolah itu disalurkan untuk sarapan pagi sekolah di mana lebih 100 murid dari kumpulan sasaran mendapat manfaat daripada program tersebut.

Di samping itu, beliau juga berharap program yang sama dapat diperluas untuk menangani aspek kesihatan murid.

“Adalah menjadi kesenangan kami, jika ada syarikat yang ingin bekerja dengan kami dan menjadikan SK Pujut Corner sebagai sekolah angkat mereka.

“Sebagai guru besar sekolah, saya akan memberikan komitmen saya sepenuhnya untuk mendorong sekolah menjadi pencapaian pelbagai kejayaan,” tambahnya lagi.

Program CSR adalah acara yang dianjurkan oleh SK Pujut Corner dan Oceancare Corporation Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Oceancare Corporation Sdn Bhd, Abang Adenan Abang Tudin bagi pihak syarikat telah menyampaikan sumbangan dalam bentuk cek dan alat-alat tulis untuk sekolah.

Program berkenaan kemudian diteruskan dengan ceramah keselamatan jalan raya yang disampaikan oleh pihak polis, ceramah kesihatan dan pemeriksaan kesihatan oleh Hospital KPJ.

Turut hadir ialah wakil Pegawai Pendidikan Daerah Miri yang juga Ketua Pengurusan Organisasi Pejabat Pendidikan Daerah Miri Mariam Monek, pegawai perubatan Hospital KPJ Jacqueline Liong, Pegawai Polis Trafik Miri Sarjan Simon Rabing dan Pegawai Perhubungan Sekolah Sarjan Abdul Ghafar Baba.

Source: http://www.utusanborneo.com.my/2017/08/28/sk-pujut-corner-alu-alukan-derma-untuk-pelajar-miskin

The Borneo Post

The Borneo Post - 05 NOVEMBER 2015

Miri: Oceancare Corp Sdn Bhd (OCSB) recently extended its networking with China by signing a 'Cooperation Agreement of Exclusive Support' with China Oilfield Services Limited (COSL).

OCSB president Datuk Nelson Balang Rining said the deal was for the provision of cementing equipment and services and also provision of drilling/completion of fluid services.

"Malaysia and China have enjoyed a long standing friendship with each other.

"Oceancare Corp Sdn Bhd and China Oilfield Services Limited are continuing with that tradition with the signing of this cooperative agreement," he said when contacted yesterday.

He added that the deal was made possible with the support of Petronas.

"As a Malaysian corporation, we have strived and worked hard to take our company to the international corporate level," he said, adding that OCSB had been in the oil and gas industry for the past 14 years.

"This year has been one of uncertainty, not only in the oil and gas industry but also in the global economy. However, with positive mind-set and the unparalleled vision of our CEO (Chief Executive Officer) Datuk Jonathan Loh, we have turned our focus to drilling and training services."

Nelson said OCSB had also benefitted from the dynamic and strategic leadership of Petronas president Datuk Wan Zulkiflee and his implementation of Coral 2.0 to get through this trying period.

"This year, our company has also been picked for a few good contracts, namely a two-year contract to provide vessels and a two-year electrical and instrumentation maintenance project."

Source: https://www.theborneopost.com/2015/11/05/oceancare-corp-inks-deal-with-chinese-firm/

Malay Mail

Malay Mail - 30 OCTOBER 2015

Source Newspaper: Rashid, F. (2015, October 30). Malay Mail. Oceancare moves to drilling despite weak oil market, p. 21.