Oceancare Corporation Sdn Bhd
Oceancare Corporation Sdn Bhd

Latest News

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2020

Saya dengan tulus ikhlas mewakili pihak pengurusan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Selamat Hari Gawai kepada anda semua. Ribuan terima kasih kepada seluruh warga kerja Oceancare di atas sokongan dan kesabaran anda semua ketika kita sedang menghadapi saat-saat sukar ini.

Sambutan perayaan kita tahun ini pastinya berbeza dengan tahun-tahun lepas disebabkan oleh wabak Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia. Namun begitu, kita masih lagi bertuah dapat menyambut perayaan ini bersama keluarga tersayang dengan cara dan norma baharu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

Saya menyarankan anda semua mengutamakan kesihatan dan keselamatan diri serta keluarga. Ambil perhatian serius terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Walaupun kerajaan telah membenarkan ziarah dan kunjung mengunjung, namun anda semua perlu menjaga penjarakan sosial dan elakkan daripada bersentuhan serta bersalaman.

Semoga kita semua bergembira dan dapat merapatkan hubungan kekeluargaan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai ini.

Maaf zahir dan batin. Terima kasih.

Abg. Hj. Adenan Bin Abg. Hj. Tudin
Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif
Oceancare Corporation Sdn. Bhd.

Our Response to COVID‐19

The safety of our employees and Subcontractors is our top priority. We have implemented some improved safety and hygiene practices to keep people safe and minimize the risk of exposure while maintaining business continuity across our operations.

Please keep safety top of mind by taking preventative hygiene measures and following all the regulations and/or guideline as may be passed or ordered from time to time by the Government of Malaysia

About Oceancare Corporation Sdn. Bhd.

Oceancare Corporation Sdn. Bhd. established in 2001 is an active Oil & Gas services contractor in Sarawak, Malaysia.

Our Services

We provide procurement and engineering services to many Petroleum Sharing Contract (PSC) Holders in Malaysia

Gold Award Winner of the Shell Malaysia Safety Awards 2013 for Upstream Category

OHS Policy & Objectives

Oceancare Corporation Sdn. Bhd. relentlessly pursues excellence in OHS practices and proactively involves its employees, subcontractors, management and ...

Notable Clients

Quality and Safety

ISO 9001:2015 QMS Certification ISO 9001:2015 QMS Certification
OHSAS 18001:2007 OHSMS Certification OHSAS 18001:2007 OHSMS Certification
A Member of IRATA International 3034/OT A Member of IRATA International 3034/OT